Friday, October 23, 2009

Pengajaran Dari Insiden Laman Dahlia (23 Okt - 0310 )

Lebih kurang jam 0310 pagi, satu insiden telah berlaku di Laman Dahlia apabila pengawal keselamatan yang meronda terdengar bunyi seperti rumah diumpil orang dari sebelah belakang diantara sederet rumah di kawasan itu. Mereka tidak dapat membuat kepastian rumah yang mana satu oleh kerana keadaan malam yang gelap.

Semasa intipan dilakukan, mereka mendapati "Automatic Gate" di sebuah rumah itu tidak ditutup rapat (renggang) berkemungkinan satu percubaan menceroboh rumah tersebut. Setelah pengepongan dilakukan selama lebih kurang 35 minit, mereka mendapati tiada sebarang pencerobohan terjadi tetapi bunyi tersebut adalah dari rumah bersebelahan yang mempunyai seekor anjing peliharaan yang dikurung dan menghasilkan bunyi seperti orang sedang mengumpil rumah.

Selepas kejadian itu, pengawal keselamatan telah memanggil penghuni rumah itu tetapi tiada sebarang tindakbalas walaupun seolah-olah penghuni sedang menonton TV.

Kejadian ini memberi pengajaran kepada kita supaya memastikan pintu pagar,rumah,kereta dan lain-lain dikunci dengan sempurna agar tidak menjadi kecurigaan kepada pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di malam hari.Kita harus prihatin terhadap Laman ini oleh kerana ia berada di kawasan yang berisiko tinggi (Red Zone).Semasa kejadian, semua pengawal keselamatan telah berada di kawasan rumah tersebut. Ini menyebabkan kawasan lain seperti Laman Sanda tidak dikawal dan ini memberi ruang kepada penjenayah untuk melakukan pencerobohan.

Kepada penghuni-penghuni yang belum menjelaskan yuran keselamatan, diminta melakukannya dengan secepat mungkin bagi meningkatkan taraf keselamatan di kawasan kita.

No comments:

Post a Comment