Wednesday, October 21, 2009

Kejadian Pecah Rumah Di Siang Hari

Baru dua hari yang lepas kejadian pecah rumah telah berlaku di Sanda pada waktu awal pagi.Pada hari ini 21 Oktober,2009 satu lagi kejadian yang sama telah berlaku di Dahlia diantara jam 1100 pagi-0100 petang.
Penjenayah tersebut telah memasuki kawasan rumah dengan memotong pagar dari rumah bersebelahan yang belum berpenghuni.Penjenayah tersebut telah mengumpil jeriji besi dan memecah cermin 'sliding-door' untuk memasuki rumah.Diwaktu itu seorang remaja anak kepada tuan rumah sedang tidur dan tidak menyedari kehadiran penjenayah tersebut.Sebuah kamera dan sedikit wang telah dilarikan oleh penjenayah.
Dengan kejadian ini kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada lagi.Laporan polis dalam semua kejadian ini hendaklah dibuat agar pihak yang berwajib dapat mengambil langkah perlu dengan lebih berkesan lagi.
Saya ingin menyarankan disini agar Sime Darby Property dapat memainkan peranan lebih 'pro-active' bagi mengatasi masalah keselamatan di taman ini.Jika keadaan jenayah masih terus berleluasa berkemungkinan bakal pembeli rumah akan membeli rumah ditaman perumahan yang kejiranan nya lebih selamat dan terjamin.
Bagi kami yang telah membeli rumah disini dengan keadaan sebegini seakan hidup dizaman darurat sebelum kemerdekaan lagi.Penduduk disini pernah berkawal malam bertemankan nyamuk-nyamuk tetapi ditaman-taman lain penduduknya tidur nyenyak diulit mimpi indah.Pada masa ini walaupun penduduk membayar sendiri perkhidmatan keselamatan dimalam hari tetapi penjenayah tetap berkeliaran dan berkejar-kejaran apabila terserempak dengan pengawal keselamatan.
Kepada semua penduduk di Taman Nilai Impian berhati-hati lah kerana jenayah pecah rumah tidak hanya berlaku dimalam hari tetapi berlaku juga disiang hari.Marilah kita bersatu agar pihak pemaju dan juga mereka yang berwajib dapat membantu bagi mengatasi masalah jenayah ini.

No comments:

Post a Comment