Wednesday, October 28, 2009

Kenderaan Yang Di Pandu Laju Di Jalan Nilai Impian 3

Penduduk yang tinggal di Laman Dahlia dan Sanda yang rumah mereka di laluan Jalan Nilai Impian 3 memohon agar pihak Sime Darby Property dapat mengadakan bonggol jalan atau 'speedbreaker' di kawasan tertentu dijalan tersebut.

Ini berikutan sikap sesetengah pengguna jalan raya samada penduduk setempat atau dari luar yang memecut kenderaan mereka disepanjang jalan tersebut.Perbuatan ini boleh mengundang bahaya kepada penduduk yang mempunyai anak kecil yang berbasikal atau berjalan kaki di sepanjang jalan ini.

Apa yang memusyikilkan terdapat begitu banyak bonggol jalan yang dibina dikawasan rumah Sanda (baru) yang menghadap ke bukit yang masih belum di duduki. Jalan-jalan tersebut bukanlah jalan utama dan jarak jalan itu di antara satu dengan lain adalah terlalu dekat (Contoh: Jalan Kekwa ). Jika pemaju berpendapat ia untuk keselamatan penduduk di kawasan tersebut, fikirkan juga keselamatan kami yang telah pun tinggal disini lama di Laman Dahlia dan Sanda.

Saya memohon perkara ini dapat di panjangkan secara rasmi oleh Jawatankuasa penduduk Laman Dahlia Sanda kepada pihak pemaju sebelum berlaku sesuatu kejadian yang tidak di ingini. Untuk mencapai taraf negara maju pemikiran yang 'pro-active' harus di tanamkan di minda kita agar kita dapat bermula dari landasan yang betul.

1 comment:

  1. Rumah Yang Tidak Diduduki Membimbangkan.
    Masih terdapat beberapa buah rumah yang bertuan tetapi tidak dihuni, semak-semak seperti hutan belantara. Keadaan seperti ini membimbangkan jiran tertangga yang tinggal bersebelahan dengan rumah berkenaan. Ada yang terlalu semak sehingga menyebabkan binatang berbisa seperti ular tedung datang menggugat keselamatan penghuni bersebelahan. Minta sangat keapad pihak Sime Darby mengambil tindakan atau ahli jawatankuasa penduduk agar dapat memaklumkan kepada tuan-tuan rumah berkenaan. Bukan binatang berbisa sahaja yang berkeliaran tetapi memberi peluang kepada penyamun untuk bersembunyi. Tolonglah agar bersikap tolak ansur dan menjaga keselamatn dan kesejahteraan semua penghuni laman dahlia dan sanda.Jika rumah tidak diduduki tolonglah datang untuk membersihkan semak samun tersebut. Jangan sampai ada yang maut kerana patukan ular barulah tindakan hendak diambil. Harap sangat kerjasama demi kebajikan bersama

    ReplyDelete