Sunday, October 18, 2009

Langkah Keselamatan Yang Berterusan

Laman Dahlia dan Sanda di Taman Nilai Impian masih berada didalam tahap keselamatan yang berisiko tinggi kerana keadaan muka bentuk tanah yang berbukit dan berlembah serta ladang kelapa sawit/getah yang agak terbiar dibelakang rumah(Sanda).Rumah di Laman ini juga belum diduduki sepenuhnya oleh pemilik dan ada juga kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan.
Kejadian cubaan untuk merompak sebuah rumah dikawasan ini telah berlaku pada jam 0400 pagi ini 19 Oktober,2009.Apa yang mendukacitakan tuan punya rumah telah tidak menghidupkan penggera(burglar alarm) rumah nya.Pihak kawalan keselamatan juga telah memantau rumah tersebut semasa kejadian itu berlaku tetapi penjayah tersebut telah dapat memboloskan diri dikawasan gelap dan berbukit dibelakang rumah tersebut.
Sekali lagi saya ingin mengingatkan diri saya dan juga penduduk Taman Nilai Impian agar memasang lampu disekeliling rumah dimalam hari dan yang mempunyai sistem penggera memasangnya setiap masa dimalam dan disiang hari jika tiada dirumah.
Beritahu jiran jika ingin bercuti atau tiada dirumah serta nombor telefon yang boleh dihubungi semasa kecemasan.
Akhir sekali kepada yang masih belum menjelaskan yuran keselamatan cepat lah berbuat demikian agar ianya dapat mengurangkan bebanan bersama.

"BERSATU TEGUH BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

No comments:

Post a Comment