Tuesday, November 24, 2009

Solat Sunat Eidul Adha di Surau Al-Firdaus Nilai Impian

Adalah dimaklumkan Solat Sunat Eidul Adha akan diadakan di Surau Al-Firdaus Nilai Impian bermula tepat jam 0830 pagi.


Surau Al-Firdaus juga akan mengendalikan Qurban sempena Hari Raya Eidul Adha 1430H di perkarangan surau secara bergotong royong bermula selepas solat sunat hari raya. Semua muslimin dan muslimat di jemput bersama-sama menjayakan majlis tersebut dengan membawa bersama peralatan memotong dan mengagihkan daging qurban.


Bagi semua ahli qariah Surau Al-Firdaus Nilai Impian, jawatankuasa surau telah pun mengedarkan kupon daging qurban dan tuan-puan ada lah diminta menukarkan kupon tersebut di antara jam 0200-0500 petang pada hari tersebut.

Nombor Telefon Pengawal Keselamatan Yang Meronda Di Laman Dahlia/Sanda (Dari jam 12.00 malam - 06.00 pagi)

Penduduk Laman Dahlia/Sanda yang mempunyai penggera keselamatan (alarm system) boleh menyenaraikan nombor telefon 019-2545233 (telefon komuniti) yang digunakan oleh En. Angah (pengawal keselamatan) sebagai nombor kecemasan. Langkah ini diambil bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di laman kita.

Nombor telefon peribadi pengawal keselamatan adalah disenaraikan di bawah ini:

En. Angah - 013-3025302
En. Sirat - 013-3701682
En. Zairi - 017-2884132

Sila ambil maklum nombor-nombor tersebut untuk kegunaan diwaktu kecemasan. Kepada yang belum menjelaskan yuran keselamatan, sila membuat pembayaran secepat mungkin.

Wednesday, October 28, 2009

Kenderaan Yang Di Pandu Laju Di Jalan Nilai Impian 3

Penduduk yang tinggal di Laman Dahlia dan Sanda yang rumah mereka di laluan Jalan Nilai Impian 3 memohon agar pihak Sime Darby Property dapat mengadakan bonggol jalan atau 'speedbreaker' di kawasan tertentu dijalan tersebut.

Ini berikutan sikap sesetengah pengguna jalan raya samada penduduk setempat atau dari luar yang memecut kenderaan mereka disepanjang jalan tersebut.Perbuatan ini boleh mengundang bahaya kepada penduduk yang mempunyai anak kecil yang berbasikal atau berjalan kaki di sepanjang jalan ini.

Apa yang memusyikilkan terdapat begitu banyak bonggol jalan yang dibina dikawasan rumah Sanda (baru) yang menghadap ke bukit yang masih belum di duduki. Jalan-jalan tersebut bukanlah jalan utama dan jarak jalan itu di antara satu dengan lain adalah terlalu dekat (Contoh: Jalan Kekwa ). Jika pemaju berpendapat ia untuk keselamatan penduduk di kawasan tersebut, fikirkan juga keselamatan kami yang telah pun tinggal disini lama di Laman Dahlia dan Sanda.

Saya memohon perkara ini dapat di panjangkan secara rasmi oleh Jawatankuasa penduduk Laman Dahlia Sanda kepada pihak pemaju sebelum berlaku sesuatu kejadian yang tidak di ingini. Untuk mencapai taraf negara maju pemikiran yang 'pro-active' harus di tanamkan di minda kita agar kita dapat bermula dari landasan yang betul.

Friday, October 23, 2009

Pengajaran Dari Insiden Laman Dahlia (23 Okt - 0310 )

Lebih kurang jam 0310 pagi, satu insiden telah berlaku di Laman Dahlia apabila pengawal keselamatan yang meronda terdengar bunyi seperti rumah diumpil orang dari sebelah belakang diantara sederet rumah di kawasan itu. Mereka tidak dapat membuat kepastian rumah yang mana satu oleh kerana keadaan malam yang gelap.

Semasa intipan dilakukan, mereka mendapati "Automatic Gate" di sebuah rumah itu tidak ditutup rapat (renggang) berkemungkinan satu percubaan menceroboh rumah tersebut. Setelah pengepongan dilakukan selama lebih kurang 35 minit, mereka mendapati tiada sebarang pencerobohan terjadi tetapi bunyi tersebut adalah dari rumah bersebelahan yang mempunyai seekor anjing peliharaan yang dikurung dan menghasilkan bunyi seperti orang sedang mengumpil rumah.

Selepas kejadian itu, pengawal keselamatan telah memanggil penghuni rumah itu tetapi tiada sebarang tindakbalas walaupun seolah-olah penghuni sedang menonton TV.

Kejadian ini memberi pengajaran kepada kita supaya memastikan pintu pagar,rumah,kereta dan lain-lain dikunci dengan sempurna agar tidak menjadi kecurigaan kepada pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di malam hari.Kita harus prihatin terhadap Laman ini oleh kerana ia berada di kawasan yang berisiko tinggi (Red Zone).Semasa kejadian, semua pengawal keselamatan telah berada di kawasan rumah tersebut. Ini menyebabkan kawasan lain seperti Laman Sanda tidak dikawal dan ini memberi ruang kepada penjenayah untuk melakukan pencerobohan.

Kepada penghuni-penghuni yang belum menjelaskan yuran keselamatan, diminta melakukannya dengan secepat mungkin bagi meningkatkan taraf keselamatan di kawasan kita.

Wednesday, October 21, 2009

Kejadian Pecah Rumah Di Siang Hari

Baru dua hari yang lepas kejadian pecah rumah telah berlaku di Sanda pada waktu awal pagi.Pada hari ini 21 Oktober,2009 satu lagi kejadian yang sama telah berlaku di Dahlia diantara jam 1100 pagi-0100 petang.
Penjenayah tersebut telah memasuki kawasan rumah dengan memotong pagar dari rumah bersebelahan yang belum berpenghuni.Penjenayah tersebut telah mengumpil jeriji besi dan memecah cermin 'sliding-door' untuk memasuki rumah.Diwaktu itu seorang remaja anak kepada tuan rumah sedang tidur dan tidak menyedari kehadiran penjenayah tersebut.Sebuah kamera dan sedikit wang telah dilarikan oleh penjenayah.
Dengan kejadian ini kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada lagi.Laporan polis dalam semua kejadian ini hendaklah dibuat agar pihak yang berwajib dapat mengambil langkah perlu dengan lebih berkesan lagi.
Saya ingin menyarankan disini agar Sime Darby Property dapat memainkan peranan lebih 'pro-active' bagi mengatasi masalah keselamatan di taman ini.Jika keadaan jenayah masih terus berleluasa berkemungkinan bakal pembeli rumah akan membeli rumah ditaman perumahan yang kejiranan nya lebih selamat dan terjamin.
Bagi kami yang telah membeli rumah disini dengan keadaan sebegini seakan hidup dizaman darurat sebelum kemerdekaan lagi.Penduduk disini pernah berkawal malam bertemankan nyamuk-nyamuk tetapi ditaman-taman lain penduduknya tidur nyenyak diulit mimpi indah.Pada masa ini walaupun penduduk membayar sendiri perkhidmatan keselamatan dimalam hari tetapi penjenayah tetap berkeliaran dan berkejar-kejaran apabila terserempak dengan pengawal keselamatan.
Kepada semua penduduk di Taman Nilai Impian berhati-hati lah kerana jenayah pecah rumah tidak hanya berlaku dimalam hari tetapi berlaku juga disiang hari.Marilah kita bersatu agar pihak pemaju dan juga mereka yang berwajib dapat membantu bagi mengatasi masalah jenayah ini.

Sunday, October 18, 2009

Langkah Keselamatan Yang Berterusan

Laman Dahlia dan Sanda di Taman Nilai Impian masih berada didalam tahap keselamatan yang berisiko tinggi kerana keadaan muka bentuk tanah yang berbukit dan berlembah serta ladang kelapa sawit/getah yang agak terbiar dibelakang rumah(Sanda).Rumah di Laman ini juga belum diduduki sepenuhnya oleh pemilik dan ada juga kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan.
Kejadian cubaan untuk merompak sebuah rumah dikawasan ini telah berlaku pada jam 0400 pagi ini 19 Oktober,2009.Apa yang mendukacitakan tuan punya rumah telah tidak menghidupkan penggera(burglar alarm) rumah nya.Pihak kawalan keselamatan juga telah memantau rumah tersebut semasa kejadian itu berlaku tetapi penjayah tersebut telah dapat memboloskan diri dikawasan gelap dan berbukit dibelakang rumah tersebut.
Sekali lagi saya ingin mengingatkan diri saya dan juga penduduk Taman Nilai Impian agar memasang lampu disekeliling rumah dimalam hari dan yang mempunyai sistem penggera memasangnya setiap masa dimalam dan disiang hari jika tiada dirumah.
Beritahu jiran jika ingin bercuti atau tiada dirumah serta nombor telefon yang boleh dihubungi semasa kecemasan.
Akhir sekali kepada yang masih belum menjelaskan yuran keselamatan cepat lah berbuat demikian agar ianya dapat mengurangkan bebanan bersama.

"BERSATU TEGUH BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Majlis Sambutan Hari Raya Eidil Fitri 1430H/2009

Surau Al-Firdaus Nilai Impian bersama dengan Perkumpulan Wanita Nilai Impian(PEWANI) telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Eidil Fitri bagi tahun 1430H/2009 bertempat di Surau Al-Firdaus Nilai Impian pada jam 5 petang ,29 Syawal bersamaan dengan 18 Oktober,2009.

Majlis tersebut juga turut meraikan penduduk yang bakal menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Pelbagai juadah seperti sate,lemang,meehoon dan juga lontong telah di hidangkan di majlis tersebut. Di kesempatan ini penduduk Taman Nilai Impian telah dapat beramah mesra dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara mereka dan juga pihak pengurusan surau.






















Saturday, October 17, 2009

Majlis Sambutan Eidil Fitri Laman Dahlia Sanda 2009

Pada 10 Oktober 2009, Majlis Sambutan Eidil Fitri 1430H bagi penduduk Laman Dahlia-Sanda telah diadakan di taman permainan kanak-kanak bermula pada jam 8 mlm. Pelbagai juadah yang membuka selera seperti kambing panggang, ayam panggang, lemang, nasi pelangi dan juga perbagai juadah yang telah disediakan serta setiap keluarga telah membawa juadah berkonsepkan 'potluck' ke majlis ini. Majlis turut diserikan dengan percikan bunga api, permainan mercun dan cabutan bertuah.
Penduduk Laman Dahlia Sanda telah sekali lagi menjayakan sambutan Eidil Fitri pada tahun ini dengan meriahnya. Majlis seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara keluarga di Laman Dahlia Sanda. Sambutan kali ini diakhiri sekitar jam 11 mlm dan kerja gotong royong membersihkan sekitar kawasan telah dijalankan setelah selesainya majlis tersebut.