Friday, December 23, 2011

KES PECAH RUMAH TERBARU NILAI IMPIAN

Pada jam 0500 pagi 18 Disember,2011 satu rompakan telah berlaku di Jalan Nilai Impian 3, Laman Sanda.Suami isteri telah di ikat oleh 6 perompak Indonesia yang mengunting pagar, grill dan mengumpil pintu bahagian belakang.

Dalam rompakan ini wang Euro/USD/RM , telefon, barang kemas telah di larikan.Pada pandangan penduduk rompakan ini mungkin di dalangi oleh pekerja-pekerja kontrak yang membina banglo Antasari.

Lebih kurang 0330-0430 pagi Polis dan pengawal keselamatan telah membuat rondaan di kawasan tersebut.Perompak telah memerhati dan tahu akan rondaan tersebut dan melakukan nya selepas rondaan di lakukan.

Penduduk harus berhati-hati dan tingkatkan tahap keselamatan rumah masing-masing dan mengambil langkah pro-aktif.Pihak Simedarby harus melihat ini sebagai cabaran pembangunan di Nilai Impian.Laporan negatif seperti ini akan mengurangkan minat pembeli di kawasan ini.

Sunday, December 11, 2011

KES PECAH RUMAH DAN KECURIAN DI NILAI IMPIAN

Pada 9hb.Disember,2011 jam 0300 pagi satu cubaan rompakan telah berlaku di Laman Sanda. Perompak tersebut telah memotong pagar rumah dan penghuni rumah di waktu masih belum tidur kerana berurusan dengan luar negara melalui telefon.

Dia sedar akan kehadiran perompak setelah lampu 'motion-sensor' di belakang rumah menyala dan 'bobby-trap' yang di pasang mengena sasaran.Perompak telah melarikan di diri.
Pada jam 0400 pagi pada hari yang sama sebuah rumah di Warisan Villa telah di masuki perompak dan mengikat penghuni rumah.Barang yang dicuri termasuk Ipad,Notebook, dan beberapa barang berharga.

Adalah di andaikan perompak yang gagal merompak di Laman Sanda telah merompak di Warisan Villa.Sekali lagi saya ingin mengingatkan penduduk Nilai Impian agar sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan 'pro-active' agar kejadian sebegini dapat di tangani bersama.

Tuesday, November 8, 2011

DIALOG ANTARA PENDUDUK DAHLIA/SANDA DENGAN SIMEDARBY MENGENAI PEMBINAAN FASA ANTASARI, ISU KESELAMATAN DAN HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN

Satu majlis dialog akan di adakan di antara penduduk Laman Dahlia/Sanda dengan Simedarby pada hari Sabtu, 12hb November, 2011 jam 0300 petang di pejabat tapak Simedarby Nilai Impian.

Beberapa isu semasa seperti pembinaan fasa Antasari, keselamatan, dan hal-hal yang berkaitan dengan penduduk Nilai Impian akan di bincangkan.Adalah diharapkan majlis ini akan dapat mencari jalan penyelesaian keatas isu-isu ini.

Sunday, November 6, 2011

IBADAH KORBAN 1432H SURAU AL-FIRDAUS NILAI IMPIAN

Kariah Surau Al-Firdaus Nilai Impian telah menjalankan ibadah korban selepas solat sunat Eidul Adha bermula 0930 pagi. Sebanyak 7 ekor lembu telah korbankan dan kerja-kerja penyembelihan, melapah, pembungkusan siap sekitar 12.45 petang dan pengagihan bermula 0100-0515 petang.

Majlis sebegini telah mengeratkan lagi silaturrahim di antara ahli kariah dan penduduk Nilai Impian.Pada sebelah malam nya majlis bacaan yassin dan tahlil telah di adakan.Majlis di akhiri dengan jamuan makan malam yang di sumbangkan oleh seorang ahli kariah.
















Tuesday, November 1, 2011

MAJLIS BERSAMA DENGAN ANAK ANAK YATIM DI SURAU AL-FIRDAUS NILAI IMPIAN

Biro Pemuda Surau Al-Firdaus Nilai Impian akan menjalankan program bersama dengan anak anak yatim 10-11 Disember,2011.

Objektif program ini adalah:

a) meningkatkan kesedaran terhadap wujudnya insan yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu/bapa.

b) memberi peluang kepada mereka merasakan kasih sayang dan kehidupan berkeluarga

c) memberi peluang kepada masyarakat di sini berbakti kepada mereka yang memerlukan kasih sayang dan perhatian.

d) mewujudkan peluang untuk menyambung silaturrahim bagi jangka panjang dan meneruskan usaha memberi kasih sayang dan bimbingan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En: Zulkifli 0126080811 dan En:Abdul Ghafar 0123899821 dari Biro Pemuda.Tarikh tutup penyertaan pada 20 Nov.2011.

SEMBAHYANG SUNAT EIDUL ADHA DAN MAJLIS QURBAN SURAU AL-FIRDAUS NILAI IMPIAN

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah meluluskan untuk kariah kita mengadakan Sembahyang Sunat Eidul Adha di Surau Al-Firdaus Nilai Impian pada 6 Nov.2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H, 0830 pagi.

Selepas Solat Sunat Eidul Adha upacara qurban akan di jalankan. Kupon Daging Qurban telah pun di edarkan ke rumah penduduk Nilai Impian dan pengagihan di jangka bermula selepas solat zohor sehingga 0500 petang pada hari yang sama.

Pada sebelah malam nya seorang ahli kariah yang menjalankan ibadah qurban turut mengadakan jamuan selepas solat Isyak di Surau Al-Firdaus.

Wednesday, October 26, 2011

KEJADIAN PECAH RUMAH DI FASA BARU DILLENIA

Satu kejadian pecah rumah telah berlaku di fasa baru Dillenia pada Selasa 25 Oktober,2011 diwaktu penghuni nya keluar bekerja.Kejadian ini di jangka berlaku di antara 2-5 petang.

Pintu belakang rumah tersebut telah di pecahkan dan kehilangan beberapa barangan elektrik.
Semua penduduk-penduduk di ingatkan berhati-hati dan tingkatkan pemantauan di antara jiran-jiran serta memasang sistem penggera (alarm system) untuk kediaman mereka sebagai langkah pencengahan.

Untuk makluman ada terdapat beberapa komen dalam facebook Nilai Impian mengenai Pondok Polis dan fungsi nya.Saya telah menghubungi Lance Korporal Dervinder dan beliau memaklumkan bahawa laporan polis boleh di buat di pondok tersebut cuma salinan laporan hanya boleh di perolehi dalam tempoh masa 24 jam. Kalau di buat di Balai Polis Nilai sebagai contoh ia nya boleh di perolehi setelah selesai membuat laporan.

Pegawai Penyiasat juga ada lah dari Balai Polis Nilai dan bukan nya dari pondok polis Nilai Impian.Ada lah di harap tiada timbul sebarang kekeliruan mengenai prosedur tersebut.

Saturday, October 15, 2011

Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Nilai Impian - Laman Abadi


16 Oktober 2011 - Ahad







Kerja-kerja pembersihan bermula dari 0830-1130 pagi.

Saturday, October 8, 2011

MASALAH LEMBU BERKELIARAN DI NILAI IMPIAN



Lembu-lembu sedang berehat di Nilai Impian di waktu pagi...

Lembu-lembu bertempiaran lari apabila dihalau oleh jurugambar


Lembu-lembu di lihat berlegar di kawasan pondok sekuriti pada 16/10/2011 jam 6:40am


Lembu-lembu ini sengaja dilepaskan oleh tuannya untuk mencari makanan..


Masalah sekumpulan lembu berkeliaran adalah menjadi sebahagian dari kehidupan penduduk-penduduk di Nilai Impian.

Kami bukan menternak lembu di kawasan perumahan tetapi kumpulan lembu ini seolah-olah menjadikan kawasan rumah kami sebagai padang ragut bermula dari jam 0700 petang sehingga 0700 pagi ke esokkan hari nya.

Di samping memakan tanaman dan pokok bunga ia nya juga mengotori jalan-jalan raya dengan najis nya pada setiap malam. Lembu-lembu ini ada di antara nya pada pandangan saya adalah baka yang di impot berdasarkan bentuk badan nya yang besar dan sasa.

Masalah ini telah pun di bangkitkan dengan pihak pemaju 'Simedarby Property Nilai Impian' beberapa kali tetapi ia nya masih belum di atasi lagi.Adalah tidak munasabah sebuah taman perumahan yang nilai rumah nya mencecah jutaan ringgit di diami bersama dengan lembu-lembu yang berkeliaran.

Saturday, October 1, 2011

KES KES PECAH RUMAH DAN KECURIAN DI NILAI IMPIAN

Sejak akhir akhir ini berita pecah rumah dan kecurian sering di bangkitkan oleh penduduk penduduk yang baru berpindah ke taman ini. Kejadian seperti ini adalah lumrah jika sesebuah phasa baru tersebut tidak di duduki sepenuh nya.

Pemaju sepatut nya mengambil tindakan yang pro-aktif bagi memastikan kejadian seperti ini dapat di hindarkan. Mereka harus sedar dengan ada nya unsur-unsur negatif seperti ini akan menjejaskan nama pemaju itu sendiri.

Perumahan yang di bina dan di majukan di Nilai Impian adalah di antara yang termahal di negara ini. Lihat sahaja rumah-rumah yang baru di lancarkan beberapa hari yang lepas.Jika laporan negatif mengenai kadar jenayah pecah rumah yang di paparkan di ruang sembang siber mungkin akan memberi impak kepada bakal pembeli.

Pemaju seharus nya menempatkan pengawal keselamatan yang lebih ramai dan bertanggongjawab untuk menjalankan tugas-tugas pengawalan dan pengawasan yang lebih rapi dan sistematik.

Saya pernah mengajukan soalan keselamatan kepada pemaju. Mereka memaklumkan bahawa pengawal mereka hanya lah mengawal projek-projek dalam pelaksanaan agar tiada kecurian bahan-bahan binaan sahaja.

Saya sangat hairan sebagai sebuah konglomerat perumahan yang mungkin terbesar di Asia atau sekurang-kurang nya di Malaysia tidak menitik beratkan tanggongjawab sosial kepada pembeli dengan mengambil langkah-langkah mengurangkan kadar jenayah pecah rumah di taman perumahan yang di majukan.

Saya tidak melihat ada nya transformasi dalam corak menangani masalah penduduk setelah kunci rumah di serahkan (vacant possession). Pemaju seharus nya memikir tindakan yang patut di lakukan bagi menghindari kes kes pecah rumah dan kecurian.

Trend ini akan berulang pada setiap phasa di siapkan. Saya ingin mencadangkan langkah pro-aktif yang berikut di lakukan.

1) Pemaju harus mendapatkan pengawal keselamatan yang sihat, cergas , terlatih dan bertanggongjawab. Pengawal ini bertanggongjawab keseluruhan bukan menjaga bahan binaan atau kontraktor pemaju sahaja.(Kita sering lihat pengawal pemaju sering tidur semasa bertugas walaupun pada waktu siang di pos kawalan).

2) Kenalpasti jalan-jalan tikus yang digunakan oleh pencuri di waktu malam.Ini adalah kawasan menghadap lebuhraya PLUS KL-Seremban belakang Sanda dan sebahagian Dilennia. Kawasan ini juga di gunakan oleh tuan punya lembu yang sering berkeliaran di kawasan Dahlia dan Sanda pada waktu malam. Bina pagar kawat berduri yang bergulung di kawasan tertentu.

3) Laluan masuk dari Nilai 3 dan berhadapan pondok polis , jalan utama , dan di tempat-tempat yang di jangkakan mudah untuk melakukan jenayah di lengkapkan dengan CCTV untuk tujuan merakam kenderaan yang mencurigai atau mendapatkan 'play-back' selepas jenayah berlaku di taman ini.

4) Semua kontraktor, termasuk memasang grill, alarm system, wiring , tanam rumput, sub-kontraktor telekom, bekalan air, TNB yang di lantik oleh pemaju atau tuan punya rumah hendak lah menyerahkan senarai syarikat ,nama pekerja, butiran peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan kepada polis di Pos Polis Nilai Impian sebelum membolehkan mereka memasuki ke taman ini.

5) Pemaju patut mengadakan mesyuarat dengan persatuan penduduk dengan kerap. Walaupun mesyuarat pernah di adakan minit mesyuarat dan tindakan susulan tidak di edarkan. Adakah ini untuk memenuhi KPI mereka sahaja ?
(Action is better than words).

6) Buat kajian trend pecah rumah dan kecurian di taman ini dan adakan rondaan bersama polis di waktu yang sering kejadian sebegini berlaku.

PROGRAM IBADAH KORBAN 1432H SURAU AL-FIRDAUS NILAI IMPIAN

Program Ibadah Korban akan di jalankan di Surau Al-Firdaus seperti tahun tahun sebelum nya pada tahun ini 1432H.

Program ini akan di adakan pada 6 November, 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H selepas solat sunat Eidul-Adha bermula 0945 pagi.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendapatkan borang dari Surau Al-Firdaus dan tarikh tutup penyertaan pada 25 Okt.2011.Untuk satu bahagian adalah sebanyak RM370.00.

Kerjasama dan sokongan semua ahli khairiah Surau Al-Firdaus Nilai Impian adalah di alu alukan. Semoga usaha serta niat kita sentiasa diberkati dan di rahmati Allah SWT.

Monday, September 19, 2011

Majlis Eidul-Fitr Surau Al-Firdaus Nilai Impian 2011 (1432H)

Majlis Eidul-Fitr 1432H Surau Al-Firdaus Nilai Impian akan di adakan pada hari Ahad , 25hb September, 2011 jam 0300 petang di Surau Al-Firdaus.

Semua ahli kariah Nilai Impian di jemput hadir bagi memeriahkan majlis sambil mengeratkan siratulrahim di antara ahli kariah surau kita.Para hadirin juga di galakan membawa sedikit juadah bagi di nikmati bersama di majlis tersebut nanti.

Untuk makluman Kuliah Agama selepas Solat Maghrib dan Kuliah Subuh telah pun di sambung kembali selepas bulan Ramadhan dan Perayaan Eidul-Fitr bermula minggu lepas dan semua ahli kariah Surau Al-Firdaus Nilai Impian di jemput hadir bagi mengimarahkan lagi surau kita.

Sunday, September 18, 2011

Majlis Eidul-Fitr Laman Dahlia Sanda 2011 (1432H)

Majlis Sambutan Eidul-Fitr Komuniti Laman Dahlia Sanda akan diadakan pada hari Sabtu 24 September,2011 jam 0830-1130 malam bertempat di Padang Permainan Kanak-Kanak , Jalan Dahlia 1.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dan beramah mesra antara penduduk Laman Dahlia/Sanda terutama yang baru berpindah kekejiranan ini yang masih belum mengenali jiran-jiran anda.Untuk makluman majlis kali ini merupakan tahun yang ke 4 yang dianjurkan oleh persatuan penduduk.

Adalah diharapkan penduduk di sini dapat menyumbang RM50 sekeluarga bagi mengadakan majlis ini.Bayaran boleh dibuat kepada wakil penduduk di Laman Dahlia/Sanda atau menghubungi Bendahari Persatuan Dr.Faszly b.Abd.Rahim 0192662378. atau terus ke akaun persatuan (CIMB 1215-000714320-6) dan juga AJK Penduduk Tuan Hj.Ibrahim B.Hj.Abas 0122192086.

Sehubungan dengan itu juga penduduk digalakan membawa juadah (potluck) untuk di nikmati bersama nanti.Bagi memeriahkan majlis tersebut setiap keluarga diminta membawa hadiah untuk tujuan cabutan bertuah.Persatuan telah pun mengedar risalah mengenai majlis ini beberapa minggu yang lepas tetapi masih kurang mendapat maklumbalas dari penduduk.

Majlis seumpama ini akan memberi peluang kepada penduduk-penduduk yang belum mengenali jiran-jiran mereka terutama yang baru berpindah agar dapat berkenalan dan mendapat maklumat terkini mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan keselamatan di Taman Nilai Impian dan juga isu-isu semasa untuk kebaikan bersama.

Untuk makluman rumah-rumah di Nilai Impian masih belum di duduki sepenuh nya dan kerja-kerja pembinaan fasa-fasa yang lain sedang dijalankan. Sehubungan dengan itu kejadian pecah-rumah dan kecurian adalah menjadi perkara lumrah di tapak perumahan yang sedang di bangunkan.Ingat lah bermuafakat membawa berkat mari lah kenal mengenali di antara jiran dan jadikan ianya sebagai amalan hidup kita.

HADIR LAH BERAMAI-RAMAI DAN BERIKAN LAH SUMBANGAN. TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA. SOKONGLAH USAHA KITA UNTUK MEMBENTERAS JENAYAH DENGAN MENYERTAI PERSATUAN DENGAN MEMBAYAR YURAN KESELAMATAN PENDUDUK LAMAN DAHLIA/SANDA.USAHA DAN NIAT YANG MURNI INSYALLAH MENDAPAT GANJARAN DI AKHIRAT KELAK.

Sehubungan dengan itu AJK Jamuan Hari Raya telah memutuskan bahawa semua hadirin di minta berpakaian baju melayu tradisional kita seperti tahun-tahun yang lalu bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Bagi yang belum menjelaskan yuran keselamatan atau terlupa membuat pembayaran sila jelaskan secepat mungkin kepada AJK yang nombor telefon tertera diatas.

Sunday, August 14, 2011

Kejadian Pecah Rumah 15 Ogos 2011

Ketika hujan pagi ini, sebuah rumah jiran kita di laman Sanda telah dirompak kira-kira jam 4.15 pagi. Tuan rumah tersebut telah diikat oleh 4 lelaki warga Indonesia. Penjenayah juga berjaya melarikan duit sebanyak RM 300, Handphone - 8, Laptop - 2 dan jam tangan -6 .. Bersama-samalah kita beringat agar lebih berwaspada utk tingkatkan keselamatan rumah & keluarga kita lebih-lebih lagi perayaan akan bermula tidak lama lagi.

Thursday, January 27, 2011

Cubaan pecah rumah di kawasan Sanda (Perhatian!)

28 Januari 2011 pada jam 11:15pg tadi, di kawasan rumah Sanda telah berlaku percubaan rompakan / pecah rumah. Terdapat jiran yang menyedari cubaan tersebut & memanggil security Sime Darby, apabila menyedarinya perompak bertindak melarikan diri bersama kereta MYVI berwarna hitam. Sewaktu melewati di jalan ke pondok kawalan Sime Darby juga, pegawai keselamatan telah membaling 'cone' penghadang jalan ke arah kereta penjenayah yang melulu untuk meloloskan diri. Tindakan pegawai keselamatan SimeDarby ini telah menyebabkan kereta mereka terbabas namun mereka berjaya melarikan diri ke kawasan kebun getah. Penjenayah di syaki sebagai rakyat Indonesia kerana polis menjumpai pasport warganegara Indonesia di dalam kereta yang ditinggalkan . Marilah kita bersama-sama lebih prihatin, menjaga keselamatan kawasan kita ini.

Wednesday, January 12, 2011

Kejadian Pecah Rumah

Pada pagi kelmarin dalam jam 1pagi-5 pagi 2 buah rumah telah dipecah di laman kita ini. Kamera & LCD TV telah dilarikan oleh penjenayah tersebut. Berikutan kejadian ini, adalah diharapkan penduduk di laman dahlia sanda akan lebih peka terhadap keselamatan di laman kita. Justeru itu, adalah diminta agar lebih ramai penduduk menyertai persatuan penduduk dan membuat caruman kepada kawalan keselamatan yang mana ada masa ini terdapat lebih kurang 40 buah rumah sahaja yang menyumbang. Kita cuma dapat menyediakan 3 orang pegawai keselamatan pada sesuatu masa. Jika lebih ramai yang menyertai, lebih ramai pegawai keselamatan boleh ditugaskan untuk meronda & menjaga keselamatan kita di laman ini.

Monday, January 10, 2011

Perhatian! Hal Keselamatan

Pada 9 Januari 2011 mesyuarat AJK laman Dahlia Sanda telah diadakan, pihak AJK mendapati masih ramai penduduk di laman ini yang tidak menjelaskan yuran keselamatan bagi kawalan keselamatan di laman kita dari 12malam-6pagi. Adalah diminta agar penduduk2 di laman ini yang belum menjelaskan yuran tersebut agar membuat pembayaran kepada bendahari kita Dr. Fazly ( 019-2662378) atau menghubungi wakil2 di laman masing-masing. Untuk makluman semua di sertakan bersama gambar ketua pengawal keselamatan Aedi Faizal B. Adam (Angah) 019-2545233. Bagi memastikan keselamatan laman ini di pertingkatkan adalah perlu lebih ramai penduduk membuat bayaran atau caruman kepada persatuan ini, digalakkan berbuat demikian. Persatuan ini sangat berharap agar penduduk laman dahlia sanda bersatu & menyumbangkan idea dan juga tenaga bagi memastikan kesejahteraan & perpaduan di laman ini. Mengikut statistik PDRM, kadar jenayah di kawasan Nilai & Bukit Mahkota telah meningkat. Oleh yang demikian kita seharusnya lebih berwaspada agar keselamatan keluarga & harta benda lebih terjamin.


Ketua Pengawal Keselamatan Laman Dahlia Sanda
Aedi Faizal B. Adam (Angah) 019-2545233