Thursday, January 27, 2011

Cubaan pecah rumah di kawasan Sanda (Perhatian!)

28 Januari 2011 pada jam 11:15pg tadi, di kawasan rumah Sanda telah berlaku percubaan rompakan / pecah rumah. Terdapat jiran yang menyedari cubaan tersebut & memanggil security Sime Darby, apabila menyedarinya perompak bertindak melarikan diri bersama kereta MYVI berwarna hitam. Sewaktu melewati di jalan ke pondok kawalan Sime Darby juga, pegawai keselamatan telah membaling 'cone' penghadang jalan ke arah kereta penjenayah yang melulu untuk meloloskan diri. Tindakan pegawai keselamatan SimeDarby ini telah menyebabkan kereta mereka terbabas namun mereka berjaya melarikan diri ke kawasan kebun getah. Penjenayah di syaki sebagai rakyat Indonesia kerana polis menjumpai pasport warganegara Indonesia di dalam kereta yang ditinggalkan . Marilah kita bersama-sama lebih prihatin, menjaga keselamatan kawasan kita ini.

3 comments:

  1. Semoga semua penghuni dapat berkerjasama sebagai satu KOMUNITI bagi menghindar perkara sebegini terus berlaku. Harap sebarang cadangan dan tindakan yang diambil susulan perbincangan sesama ahli Laman DS dapat dihormati dan dipatuhi. Sebarang pandangan, pertanyaan, cadangan, bantahan dan sebagainya boleh lah dibuat terus kepada Presiden Persatuan yang telah kita adakan. Bagi tujuan ini adalah amat baik semua penghuni di Laman DS dapat mengenali sesama kita. Cadangan yang amat baik adalah dengan mengadakan buku butiran senarai penghuni, memandangkan tidak semua yang berpeluang berjumpa, bagi tujuan mengenali sesama kita. Dalam hal ini, kerjasama semua juga diharapkan bagi mengemuka maklumat keluarga serta perkara berkaitan agar kita dapat menanam semangat kekeluaragaan sesama kita insyaALLAH. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Sebagai penduduk Laman Dahlia Sanda adalah menjadi harapan kami agar kita lebih prihatin dan menjadikan komuniti kita tempat yang aman dan damai dengan memberi kerjasama dan berusaha untuk mengenali antara satu dengan lain dengan menjadi ahli persatuan dan juga mengikuti aktiviti Surau Al Firdaus. Amin.Harizan

    ReplyDelete
  3. Facebook Dahlia+Sanda

    http://www.facebook.com/home.php#!/profile.php?id=100002016954102

    ReplyDelete