Friday, December 23, 2011

KES PECAH RUMAH TERBARU NILAI IMPIAN

Pada jam 0500 pagi 18 Disember,2011 satu rompakan telah berlaku di Jalan Nilai Impian 3, Laman Sanda.Suami isteri telah di ikat oleh 6 perompak Indonesia yang mengunting pagar, grill dan mengumpil pintu bahagian belakang.

Dalam rompakan ini wang Euro/USD/RM , telefon, barang kemas telah di larikan.Pada pandangan penduduk rompakan ini mungkin di dalangi oleh pekerja-pekerja kontrak yang membina banglo Antasari.

Lebih kurang 0330-0430 pagi Polis dan pengawal keselamatan telah membuat rondaan di kawasan tersebut.Perompak telah memerhati dan tahu akan rondaan tersebut dan melakukan nya selepas rondaan di lakukan.

Penduduk harus berhati-hati dan tingkatkan tahap keselamatan rumah masing-masing dan mengambil langkah pro-aktif.Pihak Simedarby harus melihat ini sebagai cabaran pembangunan di Nilai Impian.Laporan negatif seperti ini akan mengurangkan minat pembeli di kawasan ini.

2 comments:

  1. Rumah2 di Jalan Nilai Impian 3, dibelakangnya adalah kawssan hutan dan menjadi escape route yang paling ideal untuk perompak perompak ni untuk melarikan diri. Ingin saya cadangkan pihak Sime Darby bina tembok yang bersesuaian bagi rumah2 ni lalu menutup escape route ni.

    ReplyDelete
  2. Kami persatuan penduduk telah mengadakan perbincangan dengan Simedarby mereka memaklumkan bahawa kawasan tersebut belum di tukar hak milik dari Simedarby Plantation dan bila ianya berlaku akan di majukan.Beberapa cadangan langkah sememtara seperti meletakkan 'barbed wire' dsb.

    ReplyDelete