Saturday, October 1, 2011

KES KES PECAH RUMAH DAN KECURIAN DI NILAI IMPIAN

Sejak akhir akhir ini berita pecah rumah dan kecurian sering di bangkitkan oleh penduduk penduduk yang baru berpindah ke taman ini. Kejadian seperti ini adalah lumrah jika sesebuah phasa baru tersebut tidak di duduki sepenuh nya.

Pemaju sepatut nya mengambil tindakan yang pro-aktif bagi memastikan kejadian seperti ini dapat di hindarkan. Mereka harus sedar dengan ada nya unsur-unsur negatif seperti ini akan menjejaskan nama pemaju itu sendiri.

Perumahan yang di bina dan di majukan di Nilai Impian adalah di antara yang termahal di negara ini. Lihat sahaja rumah-rumah yang baru di lancarkan beberapa hari yang lepas.Jika laporan negatif mengenai kadar jenayah pecah rumah yang di paparkan di ruang sembang siber mungkin akan memberi impak kepada bakal pembeli.

Pemaju seharus nya menempatkan pengawal keselamatan yang lebih ramai dan bertanggongjawab untuk menjalankan tugas-tugas pengawalan dan pengawasan yang lebih rapi dan sistematik.

Saya pernah mengajukan soalan keselamatan kepada pemaju. Mereka memaklumkan bahawa pengawal mereka hanya lah mengawal projek-projek dalam pelaksanaan agar tiada kecurian bahan-bahan binaan sahaja.

Saya sangat hairan sebagai sebuah konglomerat perumahan yang mungkin terbesar di Asia atau sekurang-kurang nya di Malaysia tidak menitik beratkan tanggongjawab sosial kepada pembeli dengan mengambil langkah-langkah mengurangkan kadar jenayah pecah rumah di taman perumahan yang di majukan.

Saya tidak melihat ada nya transformasi dalam corak menangani masalah penduduk setelah kunci rumah di serahkan (vacant possession). Pemaju seharus nya memikir tindakan yang patut di lakukan bagi menghindari kes kes pecah rumah dan kecurian.

Trend ini akan berulang pada setiap phasa di siapkan. Saya ingin mencadangkan langkah pro-aktif yang berikut di lakukan.

1) Pemaju harus mendapatkan pengawal keselamatan yang sihat, cergas , terlatih dan bertanggongjawab. Pengawal ini bertanggongjawab keseluruhan bukan menjaga bahan binaan atau kontraktor pemaju sahaja.(Kita sering lihat pengawal pemaju sering tidur semasa bertugas walaupun pada waktu siang di pos kawalan).

2) Kenalpasti jalan-jalan tikus yang digunakan oleh pencuri di waktu malam.Ini adalah kawasan menghadap lebuhraya PLUS KL-Seremban belakang Sanda dan sebahagian Dilennia. Kawasan ini juga di gunakan oleh tuan punya lembu yang sering berkeliaran di kawasan Dahlia dan Sanda pada waktu malam. Bina pagar kawat berduri yang bergulung di kawasan tertentu.

3) Laluan masuk dari Nilai 3 dan berhadapan pondok polis , jalan utama , dan di tempat-tempat yang di jangkakan mudah untuk melakukan jenayah di lengkapkan dengan CCTV untuk tujuan merakam kenderaan yang mencurigai atau mendapatkan 'play-back' selepas jenayah berlaku di taman ini.

4) Semua kontraktor, termasuk memasang grill, alarm system, wiring , tanam rumput, sub-kontraktor telekom, bekalan air, TNB yang di lantik oleh pemaju atau tuan punya rumah hendak lah menyerahkan senarai syarikat ,nama pekerja, butiran peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan kepada polis di Pos Polis Nilai Impian sebelum membolehkan mereka memasuki ke taman ini.

5) Pemaju patut mengadakan mesyuarat dengan persatuan penduduk dengan kerap. Walaupun mesyuarat pernah di adakan minit mesyuarat dan tindakan susulan tidak di edarkan. Adakah ini untuk memenuhi KPI mereka sahaja ?
(Action is better than words).

6) Buat kajian trend pecah rumah dan kecurian di taman ini dan adakan rondaan bersama polis di waktu yang sering kejadian sebegini berlaku.

1 comment: