Wednesday, August 26, 2009

Tips Keselamatan dan Rondaan Keselamatan

Jenayah tidak mengenal mangsa dan tempat.Penjenayah akan mengambil peluang kepada kelemahan yang dikenalpasti oleh mereka.Laman Dahlia dan Sanda belum diduduki sepenuhnya dan ini merupakan salah satu kriteria bagi penjenayah melakukan jenayah pada siang dan malam hari.Kerja-kerja pengubahsuaian rumah juga banyak dilaksanakan dan ini memberi ruang kepada mereka membuat penyamaran disiang hari bagi mengenalpasti peluang menjalankan kegiatan mereka pada masa yang sesuai.
Tips keselamatan berikut adalah salah satu kaedah untuk pencegahan.
  • Pasti kan pagar dikunci setiap masa.
  • Kunci semua pintu rumah walaupun berada didalam rumah.
  • Catatkan semua nombor kenderaan yang mencurigakan yang berhenti atau yang sering berlegar diluar kawasan rumah.
  • Pastikan nombor telefon balai polis yang berhampiran, pengawal keselamatan dan rumah jiran untuk dihubungi semasa kecemasan
  • Pastikan penggera keselamatan dipasang ketika berada di rumah ataupun tiada dirumah
  • Pada malam hari pastikan lampu dalam kawasan rumah dipasang
  • Beritahu jiran jika keluar bercuti atau pun tiada dirumah
  • Jangan simpan barang berharga dirumah seperti note-book, kamera jika tiada dirumah
  • Pastikan wang yang disimpan dirumah hanya untuk belanja harian sahaja
  • Jangan cuba melawan jika berlakunya pencerobohan
  • Jika ada kesempatan, cuba kenal pasti wajah,bentuk tubuh atau tanda-tanda lain penjenayah-penjenayah tersebut
  • Jangan membuka pintu pagar dan pintu rumah jika dilawati oleh orang yang tidak dikenali
Yang tertera diatas hanyalah panduan sahaja dan banyak lagi tips-tips yang tidak dinyatakan yang mana saudara juga mungkin mengetahuinya.

Rondaan keselamatan diLaman Dahlia dan Sanda masih diteruskan dan kepada penduduk yang belum menjelaskan yuran keselamatan diminta membuat bayaran kepada Tuan Mohd.Noorul Ikhsan. Dengan adanya lebih ramai yang membuat bayaran akan memberi lebih manfaat kepada kita semua demi menjaga keselamatan tempat tinggal kita.
BERSATU TEGUH BERMUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

2 comments:

  1. Amat berfaedah TIPS yang diberikan. InsyaAllah kita dapat mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku di kampung kita ini. Syabas dan teruskan usaha yang baik menerusi Blog ini.

    ReplyDelete
  2. Harap pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan akan meningkatkan rodaan keselamatan sepanjang musim bercuti Aidilfitri di mana ramai kawan kawan kita balik kampung.... terutama bagi rumah yang tuan nya membuat bayaran keselamatan bulanan,

    ReplyDelete