Saturday, August 22, 2009

Aktiviti Ramadhan 1430H

Pada 20 Ogos,2009 Surau Al-Firdaus Taman Nilai Impian telah mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil bagi menyambut kehadiran Ramadhan dan juga persediaan untuk anak-anak penduduk yang bakal menghadapi peperiksaan PMR.

Kerja gotong royong bagi penyediaan majlis turut dihadiri oleh penduduk Laman Dahlia dan Sanda yang merupakan ahli jemaah surau tersebut pada sebelah pagi nya. Kerja memotong dan membersihkan daging lembu dan kambing untuk jamuan tersebut bermula dari 10 pagi lagi.Selepas solat Isyak nya pada malamnya pula jamuan bagi semua jemaah telah diadakan disurau tersebut.

Pada 21 Ogos,kami telah mengadakan solat terawih di surau Al-Firdaus yang mana akan diadakan seterus nya sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak, semoga amalan kita akan diterima oleh Allah swt.Amin.

Untuk makluman penduduk Nilai Impian surau Al-Firdaus juga ada menyediakan bubur lambuk pada setiap Sabtu dan Ahad untuk diagihkan kepada penduduk ditaman ini berdasarkan siapa cepat dia dapat.

No comments:

Post a Comment