Monday, August 24, 2009

Tabung Khairat Kematian Surau Al-Firdaus

Maklumat berikut disalurkan kepada mereka yang baru berpindah keLaman Dahlia dan Sanda.

Tabung Khiarat Kematian Surau Al-Firdaus telah diwujudkan sejak tahun 2006 dengan hasrat untuk membantu warga Nilai Impian yang ditimpa musibah kehilangan anggota keluarga tersayang.Perkara sebegini akan terjadi mengikut yang ditakdirkan oleh Illahi pada bila-bila masa sahaja.Bantuan dan sokongan rohaniah/jasmaniah sesama kita sebagai jiran setempat sewajarnya dapat dipupuk dalam satu ikatan persaudaraan yang akrab, lebih-lebih lagi diwaktu kita memerlukannya.Penyertaan sebagai ahli khairat kematian boleh dimanfaatkan bagi menyemarakkan lagi tali silaturrahim kita kearah kemuafakatan dan gaya hidup bermasyarakat yang lebih bermakna.

a. Keahlian
Ketua keluarga dan tanggungan yang bermastautin di Nilai Impian merangkumi:
i. isteri-isteri
ii. Anak-anak yang belum berkahwin
iii. Ibu dan bapa
iv. Ibu dan bapa mertua yang tinggal bersama

b. Yuran
Yuaran keahlian adalah senayak RM5.00 sebulan dan boleh dibayar secara:
i. RM30.00 untuk 6 bulan atau
ii. RM60.00 untuk setahun

c. Terma dan syarat

i. Keahlian akan terbatal dengan sendirinya jika yuran tidak dibayar selepas tamat tempoh setahun.
ii. Jika ahli berpindah kedaerah lain faedah kematian akan masih dibayar selagi yuran keahliannya sah berterusan.

d. Faedah Kematian
Faedah kematian sebanyak RM650.00 akan dibayar kepada ketua keluarga atau warisnya diatas setiap kes kematian ahli yang ditanggungnya.Pengesahan kematian mestilah disokong oleh salinan Sijil Kematian. Bagi penduduk Laman Dahlia boleh lah menghubungi Tuan Haji Ibrahim Bin Abas yang mana telah diwakilkan oleh Surau Al Firdaus.
Untuk makluman wakil Sanda tidak dinamakan oleh kerana semasa Tabung Khairat Kematian ditubuhkan pada 2006 Sanda masih belum disiapkan lagi.Walau bagaimanapun jika tuan/puan ingin menyertai tabung ini boleh berhubung terus dengan Surau Al-Firdaus atau mana-mana wakil.

No comments:

Post a Comment