Monday, March 15, 2010

MENCEGAH PEMBIAKAN ANAI-ANAI DI KAWASAN RUMAH PENDUDUK DI NILAI IMPIAN

Assalamualaikum buat penduduk Nilai Impian.Kawasan perumahan kita ini dahulu nya adalah kawasan kebun getah.Lazim nya kawasan sebegini adalah menjadi sarang dan pembiakan anai-anai yang sangat berbahaya kepada rumah kita.
Saya telah berbincang dengan sebuah syarikat Pest Control yang mana saya mempunyai kontrak dengan mereka di Subang Jaya sejak hampir 10 tahun lalu sehingga lah kehari ini.Ianya menggunakan konsep 'baiting' yang di lesen dari Syarikat Dow dari Amerika Syarikat.Syarikat francise ini adalah dari Kajang dan saya akan menjemput mereka ke rumah saya untuk kita berbincang dengan 'proposal' yang akan dicadangkan berdasarkan keluasan rumah dan persekitaran.Maklumbalas dari kita semua samada mahu mengikuti program tersebut atau tidak adalah menjadi hak individu .Pada perjumpaan itu juga kita boleh berbincang dan mencadangkan sesuatu yang lebih disenangi oleh 'majority' jika nya ia perlu dilakukan.
Objektif utama adalah untuk mencegah rumah kita dari diserang oleh anai-anai dan mendapatkan 'best-value for money'.
Kepada yang berminat sila hubungi saya melalui email : harizanyatim@yahoo.com supaya satu tarikh dan waktu perjumpaan dapat dicadangkan.

No comments:

Post a Comment