Thursday, March 11, 2010

MASALAH DEBU DARI LORI MENGANGKUT TANAH DARI PROJEK WAYAN SARI KETEMPAT PELUPUSAN MELALUI JALAN NILAI IMPIAN 3 DAN CATUAN AIR DINILAI IMPIAN

Penduduk Nilai Impian sedang mengalami catuan air bermula pada 7hb.Mac.2010 hari Ahad minggu sudah sehingga berakhir nya musim kemarau atau simpanan di takungan air Syarikat Air Negeri Sembilan berada ditahap sediakala.
Catuan sepatut nya bermula dari 8 pagi-hingga 8 malam mengikut hebahan di media massa akan tetapi pada hari Isnin bekalan air tiada selama 24 jam.
Pada berita akhbar THE STAR hari 11hb.Mac,2010 ianya melapurkan bahawa catuan di Nilai Impian adalah dari jam 8 pagi hingga 8 malam.Adalah diharap catuan ini mengikut waktu yang telah ditetapkan agar penghuni boleh menyimpan air keperluan secukup nya.
Penduduk yang tinggal di Jalan Nilai Impian 3 , pada masa ini mengalami masalah debu bertaburan dari pemunggahan tanah merah dari projek Wayan Sari ketempat pelupusan.
Cuaca kering yang dialami di burukan lagi dengan pemunggahan tanah tersebut yang bertaburan serta juga keadaan angin yang agak kuat mencemarkan kain-kain di jemuran dan juga memasuki kedalam kawasan rumah.
Pintu dan tingkap terpaksa ditutup sepanjang waktu.Saya telah berjumpa pihak pemaju tetapi beliau memaklum akan memberi tahu kontraktor yang terlibat.Sehingga berita ini ditulis pihak kontraktor masih terus menggunakan jalan tersebut.
Untuk maklumam semua saya telah mendapat maklumat bahawa kejadian pecah rumah telah berlaku lagi di kawasan Nilai termasuklah di Bukit Mahkota.Tiada lagi kejadian di Nilai Impian akan tetapi sebagai peringatan kita harus lebih berwaspada dan memberitahu ahli keluarga supaya lebih berhati-hati.
Kalau sdr. yang tinggal dikawasan ini ada mempunyai sebarang berita untuk dihebahkan sila alamatkan ke email saya harizanyatim@yahoo.com

No comments:

Post a Comment