Saturday, May 23, 2015

Aktiviti Laman Dahlia

Laman Dahlia akan menjalankan aktiviti yang lama tertangguh oleh kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.Laman Dahlia pada asalnya disatukan dengan Laman Sanda, oleh kerana jumlah rumah di laman tersebut  terlalu sedikit dan Laman Kekwa masih belum dibangunkan.

Laman Sanda sekarang dinamakan Laman Kekwa dan tidak lagi bersama Laman Dahlia.Oleh yang demikian kami penduduk Laman Dahlia akan meneruskan aktiviti yang tertangguh beberapa tahun bagi mengeratkan silatulrahim diantara komuniti yang menetap di laman ini. Pada 16 Mei,2015 yang lalu satu jamuan 'hi-tea' telah diadakan di perkarangan rumah Tuan Haji Ramli Putih.Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk menemukan kembali penduduk penduduk laman ini yang telah lama  tidak menjalankan sebarang aktiviti lebih dari 2 tahun.Disamping itu kesempatan ini juga diambil untuk bersuai kenal dengan penduduk penduduk yang baru berpindah ke laman ini. Seminngu sebelum jamuan tersebut 'flyers' telah dihantar ke setiap rumah di Laman Dahlia tetapi apa yang mendukacitakan masih  ada penghuni penghuni yang telah tinggal lama dilaman ini yang masih tidak 'response' kepada perjumpaan tersebut.

Diantara program yang dirancang adalah sembelihan lembu sempena menyambut Ramadhan Al Mubarak (mantai), jamuan hari raya Idul Fitri, dan hari keluarga laman Dahlia.Kutipan dari penduduk adalah sebanyak RM20.00 sebulan setiap bulan sekeluarga bermula dari bulan Jun,2015 sehingga Disember 2015.
Bagi yang membayar sekali gus iaitu sebelum 1 Jun,2015 diskaun akan diberi yang mana hanya perlu membayar sebanyak RM100.00 sahaja untuk sebuah keluarga. Tuan Dr.Faszly b.Rahim telah dilantik sebagai Bendahari Laman Dahlia dan pembayaran boleh dibuat terus ke Akaun CIMB Prime 8002244174 dan terus maklumkan kepada beliau akan nama dan alamat rumah tuan.Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli sila hubungi Tuan Haji Abdollah Abd.Talib, Setiausaha Penduduk  Laman Dahlia, di No.12, Jalan Dahlia 3,Nilai Impian. Marilah kita bersama sama menjalinkan silatulrahim dan tinggal mengenali jiran jiran anda dilaman ini.

No comments:

Post a Comment