Wednesday, October 26, 2011

KEJADIAN PECAH RUMAH DI FASA BARU DILLENIA

Satu kejadian pecah rumah telah berlaku di fasa baru Dillenia pada Selasa 25 Oktober,2011 diwaktu penghuni nya keluar bekerja.Kejadian ini di jangka berlaku di antara 2-5 petang.

Pintu belakang rumah tersebut telah di pecahkan dan kehilangan beberapa barangan elektrik.
Semua penduduk-penduduk di ingatkan berhati-hati dan tingkatkan pemantauan di antara jiran-jiran serta memasang sistem penggera (alarm system) untuk kediaman mereka sebagai langkah pencengahan.

Untuk makluman ada terdapat beberapa komen dalam facebook Nilai Impian mengenai Pondok Polis dan fungsi nya.Saya telah menghubungi Lance Korporal Dervinder dan beliau memaklumkan bahawa laporan polis boleh di buat di pondok tersebut cuma salinan laporan hanya boleh di perolehi dalam tempoh masa 24 jam. Kalau di buat di Balai Polis Nilai sebagai contoh ia nya boleh di perolehi setelah selesai membuat laporan.

Pegawai Penyiasat juga ada lah dari Balai Polis Nilai dan bukan nya dari pondok polis Nilai Impian.Ada lah di harap tiada timbul sebarang kekeliruan mengenai prosedur tersebut.

Saturday, October 15, 2011

Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Nilai Impian - Laman Abadi


16 Oktober 2011 - Ahad







Kerja-kerja pembersihan bermula dari 0830-1130 pagi.

Saturday, October 8, 2011

MASALAH LEMBU BERKELIARAN DI NILAI IMPIAN



Lembu-lembu sedang berehat di Nilai Impian di waktu pagi...

Lembu-lembu bertempiaran lari apabila dihalau oleh jurugambar


Lembu-lembu di lihat berlegar di kawasan pondok sekuriti pada 16/10/2011 jam 6:40am


Lembu-lembu ini sengaja dilepaskan oleh tuannya untuk mencari makanan..


Masalah sekumpulan lembu berkeliaran adalah menjadi sebahagian dari kehidupan penduduk-penduduk di Nilai Impian.

Kami bukan menternak lembu di kawasan perumahan tetapi kumpulan lembu ini seolah-olah menjadikan kawasan rumah kami sebagai padang ragut bermula dari jam 0700 petang sehingga 0700 pagi ke esokkan hari nya.

Di samping memakan tanaman dan pokok bunga ia nya juga mengotori jalan-jalan raya dengan najis nya pada setiap malam. Lembu-lembu ini ada di antara nya pada pandangan saya adalah baka yang di impot berdasarkan bentuk badan nya yang besar dan sasa.

Masalah ini telah pun di bangkitkan dengan pihak pemaju 'Simedarby Property Nilai Impian' beberapa kali tetapi ia nya masih belum di atasi lagi.Adalah tidak munasabah sebuah taman perumahan yang nilai rumah nya mencecah jutaan ringgit di diami bersama dengan lembu-lembu yang berkeliaran.

Saturday, October 1, 2011

KES KES PECAH RUMAH DAN KECURIAN DI NILAI IMPIAN

Sejak akhir akhir ini berita pecah rumah dan kecurian sering di bangkitkan oleh penduduk penduduk yang baru berpindah ke taman ini. Kejadian seperti ini adalah lumrah jika sesebuah phasa baru tersebut tidak di duduki sepenuh nya.

Pemaju sepatut nya mengambil tindakan yang pro-aktif bagi memastikan kejadian seperti ini dapat di hindarkan. Mereka harus sedar dengan ada nya unsur-unsur negatif seperti ini akan menjejaskan nama pemaju itu sendiri.

Perumahan yang di bina dan di majukan di Nilai Impian adalah di antara yang termahal di negara ini. Lihat sahaja rumah-rumah yang baru di lancarkan beberapa hari yang lepas.Jika laporan negatif mengenai kadar jenayah pecah rumah yang di paparkan di ruang sembang siber mungkin akan memberi impak kepada bakal pembeli.

Pemaju seharus nya menempatkan pengawal keselamatan yang lebih ramai dan bertanggongjawab untuk menjalankan tugas-tugas pengawalan dan pengawasan yang lebih rapi dan sistematik.

Saya pernah mengajukan soalan keselamatan kepada pemaju. Mereka memaklumkan bahawa pengawal mereka hanya lah mengawal projek-projek dalam pelaksanaan agar tiada kecurian bahan-bahan binaan sahaja.

Saya sangat hairan sebagai sebuah konglomerat perumahan yang mungkin terbesar di Asia atau sekurang-kurang nya di Malaysia tidak menitik beratkan tanggongjawab sosial kepada pembeli dengan mengambil langkah-langkah mengurangkan kadar jenayah pecah rumah di taman perumahan yang di majukan.

Saya tidak melihat ada nya transformasi dalam corak menangani masalah penduduk setelah kunci rumah di serahkan (vacant possession). Pemaju seharus nya memikir tindakan yang patut di lakukan bagi menghindari kes kes pecah rumah dan kecurian.

Trend ini akan berulang pada setiap phasa di siapkan. Saya ingin mencadangkan langkah pro-aktif yang berikut di lakukan.

1) Pemaju harus mendapatkan pengawal keselamatan yang sihat, cergas , terlatih dan bertanggongjawab. Pengawal ini bertanggongjawab keseluruhan bukan menjaga bahan binaan atau kontraktor pemaju sahaja.(Kita sering lihat pengawal pemaju sering tidur semasa bertugas walaupun pada waktu siang di pos kawalan).

2) Kenalpasti jalan-jalan tikus yang digunakan oleh pencuri di waktu malam.Ini adalah kawasan menghadap lebuhraya PLUS KL-Seremban belakang Sanda dan sebahagian Dilennia. Kawasan ini juga di gunakan oleh tuan punya lembu yang sering berkeliaran di kawasan Dahlia dan Sanda pada waktu malam. Bina pagar kawat berduri yang bergulung di kawasan tertentu.

3) Laluan masuk dari Nilai 3 dan berhadapan pondok polis , jalan utama , dan di tempat-tempat yang di jangkakan mudah untuk melakukan jenayah di lengkapkan dengan CCTV untuk tujuan merakam kenderaan yang mencurigai atau mendapatkan 'play-back' selepas jenayah berlaku di taman ini.

4) Semua kontraktor, termasuk memasang grill, alarm system, wiring , tanam rumput, sub-kontraktor telekom, bekalan air, TNB yang di lantik oleh pemaju atau tuan punya rumah hendak lah menyerahkan senarai syarikat ,nama pekerja, butiran peribadi dan nombor pendaftaran kenderaan kepada polis di Pos Polis Nilai Impian sebelum membolehkan mereka memasuki ke taman ini.

5) Pemaju patut mengadakan mesyuarat dengan persatuan penduduk dengan kerap. Walaupun mesyuarat pernah di adakan minit mesyuarat dan tindakan susulan tidak di edarkan. Adakah ini untuk memenuhi KPI mereka sahaja ?
(Action is better than words).

6) Buat kajian trend pecah rumah dan kecurian di taman ini dan adakan rondaan bersama polis di waktu yang sering kejadian sebegini berlaku.

PROGRAM IBADAH KORBAN 1432H SURAU AL-FIRDAUS NILAI IMPIAN

Program Ibadah Korban akan di jalankan di Surau Al-Firdaus seperti tahun tahun sebelum nya pada tahun ini 1432H.

Program ini akan di adakan pada 6 November, 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H selepas solat sunat Eidul-Adha bermula 0945 pagi.

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendapatkan borang dari Surau Al-Firdaus dan tarikh tutup penyertaan pada 25 Okt.2011.Untuk satu bahagian adalah sebanyak RM370.00.

Kerjasama dan sokongan semua ahli khairiah Surau Al-Firdaus Nilai Impian adalah di alu alukan. Semoga usaha serta niat kita sentiasa diberkati dan di rahmati Allah SWT.