Thursday, January 27, 2011

Cubaan pecah rumah di kawasan Sanda (Perhatian!)

28 Januari 2011 pada jam 11:15pg tadi, di kawasan rumah Sanda telah berlaku percubaan rompakan / pecah rumah. Terdapat jiran yang menyedari cubaan tersebut & memanggil security Sime Darby, apabila menyedarinya perompak bertindak melarikan diri bersama kereta MYVI berwarna hitam. Sewaktu melewati di jalan ke pondok kawalan Sime Darby juga, pegawai keselamatan telah membaling 'cone' penghadang jalan ke arah kereta penjenayah yang melulu untuk meloloskan diri. Tindakan pegawai keselamatan SimeDarby ini telah menyebabkan kereta mereka terbabas namun mereka berjaya melarikan diri ke kawasan kebun getah. Penjenayah di syaki sebagai rakyat Indonesia kerana polis menjumpai pasport warganegara Indonesia di dalam kereta yang ditinggalkan . Marilah kita bersama-sama lebih prihatin, menjaga keselamatan kawasan kita ini.

Wednesday, January 12, 2011

Kejadian Pecah Rumah

Pada pagi kelmarin dalam jam 1pagi-5 pagi 2 buah rumah telah dipecah di laman kita ini. Kamera & LCD TV telah dilarikan oleh penjenayah tersebut. Berikutan kejadian ini, adalah diharapkan penduduk di laman dahlia sanda akan lebih peka terhadap keselamatan di laman kita. Justeru itu, adalah diminta agar lebih ramai penduduk menyertai persatuan penduduk dan membuat caruman kepada kawalan keselamatan yang mana ada masa ini terdapat lebih kurang 40 buah rumah sahaja yang menyumbang. Kita cuma dapat menyediakan 3 orang pegawai keselamatan pada sesuatu masa. Jika lebih ramai yang menyertai, lebih ramai pegawai keselamatan boleh ditugaskan untuk meronda & menjaga keselamatan kita di laman ini.

Monday, January 10, 2011

Perhatian! Hal Keselamatan

Pada 9 Januari 2011 mesyuarat AJK laman Dahlia Sanda telah diadakan, pihak AJK mendapati masih ramai penduduk di laman ini yang tidak menjelaskan yuran keselamatan bagi kawalan keselamatan di laman kita dari 12malam-6pagi. Adalah diminta agar penduduk2 di laman ini yang belum menjelaskan yuran tersebut agar membuat pembayaran kepada bendahari kita Dr. Fazly ( 019-2662378) atau menghubungi wakil2 di laman masing-masing. Untuk makluman semua di sertakan bersama gambar ketua pengawal keselamatan Aedi Faizal B. Adam (Angah) 019-2545233. Bagi memastikan keselamatan laman ini di pertingkatkan adalah perlu lebih ramai penduduk membuat bayaran atau caruman kepada persatuan ini, digalakkan berbuat demikian. Persatuan ini sangat berharap agar penduduk laman dahlia sanda bersatu & menyumbangkan idea dan juga tenaga bagi memastikan kesejahteraan & perpaduan di laman ini. Mengikut statistik PDRM, kadar jenayah di kawasan Nilai & Bukit Mahkota telah meningkat. Oleh yang demikian kita seharusnya lebih berwaspada agar keselamatan keluarga & harta benda lebih terjamin.


Ketua Pengawal Keselamatan Laman Dahlia Sanda
Aedi Faizal B. Adam (Angah) 019-2545233