Tuesday, November 8, 2011

DIALOG ANTARA PENDUDUK DAHLIA/SANDA DENGAN SIMEDARBY MENGENAI PEMBINAAN FASA ANTASARI, ISU KESELAMATAN DAN HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN

Satu majlis dialog akan di adakan di antara penduduk Laman Dahlia/Sanda dengan Simedarby pada hari Sabtu, 12hb November, 2011 jam 0300 petang di pejabat tapak Simedarby Nilai Impian.

Beberapa isu semasa seperti pembinaan fasa Antasari, keselamatan, dan hal-hal yang berkaitan dengan penduduk Nilai Impian akan di bincangkan.Adalah diharapkan majlis ini akan dapat mencari jalan penyelesaian keatas isu-isu ini.

Sunday, November 6, 2011

IBADAH KORBAN 1432H SURAU AL-FIRDAUS NILAI IMPIAN

Kariah Surau Al-Firdaus Nilai Impian telah menjalankan ibadah korban selepas solat sunat Eidul Adha bermula 0930 pagi. Sebanyak 7 ekor lembu telah korbankan dan kerja-kerja penyembelihan, melapah, pembungkusan siap sekitar 12.45 petang dan pengagihan bermula 0100-0515 petang.

Majlis sebegini telah mengeratkan lagi silaturrahim di antara ahli kariah dan penduduk Nilai Impian.Pada sebelah malam nya majlis bacaan yassin dan tahlil telah di adakan.Majlis di akhiri dengan jamuan makan malam yang di sumbangkan oleh seorang ahli kariah.
















Tuesday, November 1, 2011

MAJLIS BERSAMA DENGAN ANAK ANAK YATIM DI SURAU AL-FIRDAUS NILAI IMPIAN

Biro Pemuda Surau Al-Firdaus Nilai Impian akan menjalankan program bersama dengan anak anak yatim 10-11 Disember,2011.

Objektif program ini adalah:

a) meningkatkan kesedaran terhadap wujudnya insan yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu/bapa.

b) memberi peluang kepada mereka merasakan kasih sayang dan kehidupan berkeluarga

c) memberi peluang kepada masyarakat di sini berbakti kepada mereka yang memerlukan kasih sayang dan perhatian.

d) mewujudkan peluang untuk menyambung silaturrahim bagi jangka panjang dan meneruskan usaha memberi kasih sayang dan bimbingan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En: Zulkifli 0126080811 dan En:Abdul Ghafar 0123899821 dari Biro Pemuda.Tarikh tutup penyertaan pada 20 Nov.2011.

SEMBAHYANG SUNAT EIDUL ADHA DAN MAJLIS QURBAN SURAU AL-FIRDAUS NILAI IMPIAN

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah meluluskan untuk kariah kita mengadakan Sembahyang Sunat Eidul Adha di Surau Al-Firdaus Nilai Impian pada 6 Nov.2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H, 0830 pagi.

Selepas Solat Sunat Eidul Adha upacara qurban akan di jalankan. Kupon Daging Qurban telah pun di edarkan ke rumah penduduk Nilai Impian dan pengagihan di jangka bermula selepas solat zohor sehingga 0500 petang pada hari yang sama.

Pada sebelah malam nya seorang ahli kariah yang menjalankan ibadah qurban turut mengadakan jamuan selepas solat Isyak di Surau Al-Firdaus.