Saturday, January 9, 2010

Mesyuarat Agong Perkumpulan Wanita Nilai Impian

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Agong Perkumpulan Wanita (PEWANI) Nilai Impian akan diadakan pada:

Sabtu 16 hb Januari, 2010
Waktu: 0230 petang
Tempat: Surau Al-Firdaus,Taman Nilai Impian, Nilai.

Semua ahli adalah dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut.

Tuesday, January 5, 2010

Kejadian Pecah Rumah Di Siang Hari

Satu kejadian pecah rumah telah berlaku di Laman Dahlia , Jalan Nilai Impian 3 pada 6 Januari, 2010 lebih kurang jam 1210 minit tengah hari. Mereka menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna perak (silver) telah berhenti dan membunyikan loceng (door bell) di rumah tersebut. Kenderaan tersebut dinaiki oleh 2 orang yang berpakaian kemas dan berkemungkinan mereka adalah warga timur-tengah dan berkulit cerah. Mereka beredar setelah tiada sesiapa yang membuka pintu. Pada waktu yang sama, anak remaja tuan rumah ada di tingkat atas rumah memerhatikan gerak-geri mereka.

Selepas beberapa minit, datang sebuah kereta Toyota Avanza berwarna hitam-coklat nombor pendaftaran WSJ 12 yang dinaiki beberapa orang kemungkinan warga timur-tengah berpakaian kemas memecah 'grill' pintu hadapan rumah tersebut. Bunyi bising itu telah didengari oleh anak tuan rumah lalu menjerit meminta pertolongan.

Penceroboh tadi telah keluar dari kawasan rumah melalui pintu tong sampah. Taktik yang digunakan oleh mereka adalah memastikan tiada penghuni di rumah dan mengarahkan rakan mereka untuk melakukan kerja-kerja pecah rumah.

Bagi penduduk Nilai Impian kita haruslah lebih berhati-hati dan berwaspada kerana kejadian jenayah tidak hanya berlaku di malam hari tetapi juga di siang hari.