Friday, September 18, 2009

Gotong Royong Membakar Lemang & Rendang Sempena Aidilfitri


Pada 18 September 2009, penduduk Taman Nilai Impian telah mengadakan majlis gotong royong membakar lemang dan membuat rendang sempena menyambut kedatangan 1 Syawal 1430 H di surau Al-Firdaus. Ia bermula setelah selesainya solat terawih sehingga lebih kurang jam 6 pagi. Dengan adanya aktiviti sebegini dapat memupuk silaturrahim di antara penduduk di taman ini. Bagi lebih 20 orang yang menyertai gotong royong ini, lemang & rendang telah diagih-agihkan secara sama rata.










Posted by : Harizan M Yatim

Saturday, September 5, 2009

Jamuan Hari Raya 2009/1430H

Komuniti Laman Dahlia Sanda akan mengadakan majlis Jamuan Hari Raya pada 10 Oktober 2009 - Sabtu (7:45 malam sehingga 12:00 tengah malam) di padang permainan kanak-kanak penduduk. Tujuan jamuan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara penduduk di laman ini. Bagi makluman semua perkembangan selanjutnya mengenai majlis ini akan di maklumkan dari masa ke semasa.

Pelekat Kereta Komuniti Dahlia Sanda

Contoh pelekat kereta

Laman komuniti kami telah mengeluarkan pelekat kereta bagi penduduk laman ini. Ianya boleh didapati dengan menghubungi pengerusi komuniti atau ketua setiap jalan rumah penduduk. Dengan adanya pelekat kereta ini akan memudahkan pihak pegawai keselamatan mengenal pasti kenderaan penduduk di laman ini. Kepada penduduk yang belum lagi menjelaskan yuran perkhidmatan keselamatan adalah diminta berbuat demikian dengan secepat mungkin.

Bagi penduduk yang akan pulang ke kampung halaman adalah diminta memaklumkan kepada ketua kawasan di setiap jalan laman ini dan juga pondok polis komuniti Nilai Impian alamat rumah dan tempoh berada di luar kawasan bagi memudahkan pihak keselamatan memantau kediaman mereka. Adalah dicadangkan setiap keluarga agar memasang lampu di luar kawasan rumah / porch semasa tempoh tersebut.